Wednesday 4 April 2012

latihan moral tingkatan 2

Mari kita menguji minda kita dengan nilai-nilai yang telah dipelajari.....


Pilih jawapan yang paling tepat.

1        Agama rasmi Malaysia ialah

A          Islam
B          Hindu
C          Hadhari
D          Buddha

2        Sekiranya kita mempunyai pegangan agama yang kukuh, kita akan

A          bangga terhadap diri sendiri
B          berkeperibadian yang tinggi
C          mengumpat orang lain
D          melakukan maksiat
           
3        Sesuatu kerja yang diamanahkan perlu dibuat dengan bertanggungjawab dan sempurna, agar kita mendapat

A          Pingat
B          Ganjaran
C          Kepercayaan
D          Penghargaan

4        Amanah dapat dikenal pasti apabila kita berpegang teguh pada

A          Peribadi
B          Akhlak
C          Kuasa
D          Janji

5        Apakah ciri-ciri nilai harga diri
         
A          Kehormatan diri
B          Kesopanan dan kesusilaaan
C          Bersopan santun dan baik budi
D          Menjaga dan memulia maruah diri

6        Mengapakah remaja melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat dan boleh merosakkan diri sendiri?

I            Ingin mencuba
II           Desakan ibu bapa
III          Kurang didikan agama
IV         Pengaruh rakan sebaya

A          l, ll dan lll
B          l, ll dan lV
C          l, lll dan lV
D          ll, lll dan lV


7        Apakah faedah menjadi seorang yang bertanggungjawab?

A          Mendapat lebih kebebasan
B          Kurang mendapat ramai kawan
C          Mendapat teguran daripada guru
D          Sentiasa dipercayai dan dihormati serta berupaya menguruskan diri sendiri

8        Sekiranya kita melakukan kesilapan, kita hendaklah

A          Menghina orang lain
B          Menyalahkan orang lain
C          Mengakui kesalahan tersebut
D          Segera menyembunyikan kesilapan diri

9        Bahasa yang baik dapat mengelakkan pergaduhan kerana tidak
         
A          menyinggung perasaan orang lain
B          melakukan kesalahan jenayah
C          menegur orang lain
D          memberi salam

10      Orang yang berhemah tinggi mudah diterima oleh masyarakat kerana

A          mereka sentiasa menghormati orang lain
B          mereka beradab sopan dalam keadaan tertentu sahaja
C          mereka pandai mengambil hati golongan tertentu sahaja
D          mereka bersopan santun apabila bercakap dengan orang kaya sahaja

11      Amalan nilai toleransi akan

A          Memberi manfaat kepada masyarakat
B          Mengekalkan hubungan yang baik
C          Menguntungkan setiap individu
D          Memecahbelahkan masyarakat

12      Individu yang mengamalkan nilai toleransi akan

A          dikenali orang lain
B          dicemuh orang lain
C          dikenang orang lain
D          disenangi orang lain

13      Antara berikut, yang manakah ciri-ciri sikap berdikari?

I            Yakin dengan keputusan yang dibuat
II           Membuktikan diri sendiri lebih pandai
III          Tidak mengharapkan pertolongan daripada orang lain
IV         Sentiasa mencuba memperbaiki kelemahan yang ada pada diri

A       l, ll dan lll
B       l, ll dan lV
C       l, lll dan lV
D       ll, lll dan lV

14      Mengapakah kita tidak digalakkkan meminta bantuan daripada orang lain?

A          Dapat mengawal pembaziran masa
B          Supaya dapat menyusahkan orang lain
C          Agar dapat mempamerkan kebolehan diri
D          Agar dapat menumpang kesenangan orang lain


 
Ronaldo belajar bersungguh-sungguh untuk Berjaya dalam peperiksaan
 
 





15      Apakah sikap yang ditunjukkan oleh Ronaldo?

A          Kesederhanaan
B          Kasih sayang
C          Kerajinan
D          Rasional

16      Siapakah yang patut mengamalkan sikap kerajinan?

A          Individu
B          Keluarga
C          Masyarakat
D          Semua orang

17       Apakah sikap yang paling penting untuk mencapai kejayaan yang kita idamkan?

A          Menerima pendapat dan pandangan orang lain
B          Bertolak ansur dengan rakan-rakan yang lain
C          Melaksanakan tugas apabila disuruh sahaja
D          Usaha berterusan tanpa kenal berputus asa

18       Apakah yang dimaksudkan dengan nilai kasih sayang?

A          Perasaan kasih sayang yang ditunjukkan dengan ikhlas
B          Kasih sayang yang bercampur dengan perasaan simpati
C          Mencurahkan kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang balasan
D          Perasaan cinta yang mendalam dan berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

19      Apakah kesan terhadap kehidupan apabila berlakunya peperangan?

I            Kemusnahan flora dan fauna
II           Berlakunya pencemaran alam
III          Hidup dalam keadaan aman damai
IV         Mangsa peperangan mengalami trauma

         
A l, ll dan lll
B          l, ll dan lV
C          l, lll dan lV
D          ll, lll dan lV

20      Sebagai ketua pengawas, Ramesh telah membahagi-bahagikan tugas kepada semua pengawas secara

A          berat sebelah
B          pilih kasih
C          sama rata
D          rambang


  Remaja lari dari rumah
  Remaja ponteng sekolah
 
 




21     Berdasarkan maklumat di atas, apakah amalan yang paling penting untuk mengelak diri daripada terjebak dengan gejala tersebut?

A          Amalan rasional
B          Amalan toleransi
C          Amalan kasih sayang
D          Amalan tanggungjawab

22      Orang yang mempunyai sikap rasional akan

A          Sukar difahami
B          Sedia memaaafkan
C          Berfikir dengan teliti
D          Lambat membuat keputusan

23       Apakah ciri-ciri bersikap sederhana dalam pergaulan

I            Dapat mengawal perasaan
II           Tidak keterlaluan dalam pertuturan
III          Menolong orang tanpa merosakkan diri
IV         Melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain
         
A          l, ll dan lll
B          l, ll dan lV
C          l, lll dan lV
D          ll, lll dan lV

24      Sebagai murid, bagaimanakah cara membalas jasa ibu bapa anda?

A          Menghadiahkan mereka barang kemas yang mahal
B          Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
C          Mengikut mereka walau ke mana sahaja
D          Malas mengulangkaji pelajaran


25      Kemuliaan seseorang terletak pada

A          Kekayaan hartanya
B          Budi pekertinya
C          Kewarasannya
D          Rupa parasnya


26      Bagaimanakah anda dapat memulia dan mentaati ibu bapa anda?

I   Tidak menyusahkan dan memalukan mereka
II  Membahagiakan ibu bapa dengan sedaya mungkin
III Meninggikan suara sekirannya tidak berpuas hati dengan pendapat ibu bapa
IV         Tidak bersikap sombong kepada ibu bapa walau setinggi mana darjat dan pangkat anda

A       l, ll dan lll
B       l, ll dan lV
C       l, lll dan lV
D       ll, lll dan lV
27      Apakah perayaan istimewa bagi negeri Sarawak?

A          Pesta Keamatan
B          Pesta Gawai
C          Pesta Timur
D          Pesta Pelita

28      Mengapakah amalan adat dan tradisi perlu diteruskan oleh sesuatu kaum?
         
I            Supaya tidak pupus
II           Dapat menunjukkan kehebatan adat
III          Mengeratkan hubungan ahli keluarga
IV         Memberi peluang kepada generasi akan datang untuk megenalinya

A          l, ll dan lll
B          l, ll dan lV
C          l, lll dan lV
D          ll, lll dan lV

29      Pilih situasi yang menunjukkan amalan nilai tanggungjawab terhadap keluarga.

A          Wong menyerahkan tanggungjawab menjaga ibunya yang tua pada pembantu rumahnya.
B          Mei ling suka membelanja rakannya dengan duit saku yang diberi oleh ayahnya
C          Samy selalu ponteng sekolah dan bermain komputer di kafe siber
D          Nathan menghantar anaknya ke pusat tuisyen setiap hari

30      Keluarga yang menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna akan menikmati

I            Kesederhanaan
II           Kemurungan
III          Ketenangan
IV         Keinsafan

A          l, ll dan lll
B          l, ll dan lV
C          l, lll dan lV
D          ll, lll dan lV


Bahagian B

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai



                            Sama rata,       kepercayaan,       hormat,      menderhaka
Maruah
 
 






1           Orang yang bersikap adil akan melayan setiap individu                                         

2        Hubungan harmoni sesama manusia boleh terjejas jika                                               yang telah diamanahkan tidak dijaga.

3        Kita patut menunjukkan sikap                                            terhadap orang yang lebih tua daripada kita.

4        Seorang anak yang tidak menurut kata ibu bapa akan dianggap                            

5        Anak yang baik, tidak akan melukakan hati orang tuanya dengan menjatuhkan nama baik dan                                  mereka.